Online Store Theme Logo

Membaca Menjana Minda

Dapatkan pelbagai diskaun terbaik untuk semua produk kami hari ini!

hamka tafsir surah yasin dan juzuk 23

SINOPSIS   Tafsir Surah Yasin dan Juzuk 23 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik ...baca selebihnya >>

RM25.00
RM22.50
Stock: 98
Code: 978-967-481-155-6
Berat: 0.478kg
Description Reviews

About This Item

SINOPSIS

 

Tafsir Surah Yasin dan Juzuk 23 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar.

Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab. 

Tafsir Surah Yasin dan Juzuk 23 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang seringkali dibaca pada setiap malam jumaat di surau dan masjid. HAMKA mengupas makna pada surah yang seringkali dibaca ini.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

 

ISI KANDUNGAN

 

PENGANTAR

 

SURAH YASIN (YASIN)

 

Tiga Orang Utusan Allah

Kisah Lelaki itu

Menilik Kekayaan Allah Dalam Alam 

Peredaran Falak 

Keindahan Laut 

Bila Kiamat Datang 

Sesalan Allah Terhadap Anak Adam

Al-Quran Bukan Syair 

Binatang Ternak

Perhatikanlah Asal Kejadianmu! 

 

SURAH AS-SAFFAT (Yang Berbaris-baris)

 

Pendahuluan 

Barisan Malaikat

Kejadian Malaikat 

Penderitaan 

Tolak Bertolak Kesalahan

Tanya Bertanya Penduduk Syurga

Pohon Zaqqum?

Cerita Nabi Nuh 

Cerita Nabi Ibrahim (I)

Ibrahim dan Berhala-berhala Kaumnya 

Cerita Nabi Ibrahim (II)

Siapakah yang Hendak Dikorbankan? Ismailkah atau Ishaq?

Cerita Nabi Musa dan Harun 

Nabi Ilyas

Nabi Luth 

Nabi Yunus

Persoalan untuk Direnungkan

Suatu Peringatan kepada Kaum Musyrikin 

Janji Allah SWT kepada Rasul-rasul-Nya

 

Surah Sad (Sad) 

 

Pendahuluan

Keingkaran kepada Rasul dan Ajaran Tauhid

Tempelak Atas Musyrikin

Dua Orang Memohon Penyelesaian Perkara 

Nabi Sulaiman dan Kuda-kudanya

Ujian terhadap Nabi Sulaiman

Hamba Kami Ayyub

Nikmat Syurga 

Nasib di Neraka 

Berita Besar 

Perintah Sujud kepada Manusia 

Iblis Diberi Kesempatan 

CATATAN

Customer reviews